Pola pemilikan harta tanah masyarakat Melayu di Bandar Seri Iskandar dan Mukim Bota

Pola pemilikan harta tanah masyarakat Melayu di Bandar Seri Iskandar dan Mukim Bota. Malaysian Journal of Sustainable Environment (MySE), 1 (1). pp. 125-151. ISSN 0128-326X (2016)



Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pola pemilikan harta tanah masyarakat Melayu di Bandar Seri Iskandar dan Mukim Bota. Penelitian tertumpu kepada urusniaga harta tanah yang direkodkan di Pejabat Tanah Daerah Perak Tengah, Pejabat Pendaftar Hakmilik serta data urusniaga harta tanah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak, Ipoh. Dengan menggunakan teknik analisis statistik deskriptif, penyelidik telah menganalisa menerusi kaedah analisis bersilang melibatkan dua bentuk pembolehubah bebas dan bersandar. Daripada analisis tersebut, penyelidik menggunakan perbandingan agregat bagi meneliti perbezaan antara dua kategori pindahmilik iaitu antara Bukan Melayu dan Melayu serta antara Melayu dan Bukan Melayu. Penyelidik merumuskan bahawa berlaku peningkatan bilangan pemilikan harta tanah komuniti Melayu iaitu 0.91% antara tahun 2012 dan 2014

Item Type: Article
Additional Information: Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Keywords: Estate management, Pola pemilikan harta tanah, pindahmilik harta tanah, Komuniti Melayu
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 17 Feb 2021 02:48
Last Modified: 17 Feb 2021 04:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item