Kewartawanan solo dari perspektif editor Malaysia

Kewartawanan solo dari perspektif editor Malaysia. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. (2017)



Abstract

Pendidikan kewartawanan perlu bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan graduan kewartawanan. Isu semasa menunjukkan bahawa industri memerlukan wartawan solo yang mempunyai pakej lengkap dalam kemahiran dan profesionalisme. Wartawan solo ialah seorang wartawan yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi dan berperanan sebagai penulis, jurugambar, dan juruvideo untuk menyampaikan berita di seluruh pelosok dunia. Kemunculan wartawan warga yang semakin aktif dalam era digital menyebabkan wartawan profesional perlu bersaing untuk menyampaikan berita dengan cepat kepada masyarakat, di samping menjaga kredibiliti profesional kewartawanan. Namun, kelemahan wartawan yang tidak arif dalam mengambil gambar menimbulkan kesukaran untuk menandingi wartawan warga. Permasalahan tersebut menyebabkan kajian ini tertumpu kepada aspek kemahiran dan profesionalisme bagi mengatasi kelompangan kajian lepas yang hanya membincangkan beberapa kemahiran sahaja tetapi tidak menghuraikan secara terperinci jenis kemahiran yang diperlukan itu. Walaupun ada, ia tidak menyeluruh dan tidak membincangkan tentang profesionalisme serta kewartawanan solo. Bidang pengajian dalam bidang kewartawanan adalah penting bagi menyediakan para graduan yang komprehensif dan efisien. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka kemahiran dan profesionalisme yang diperlukan oleh industri bagi melahirkan wartawan solo. Matlamat akhir kajian ini adalah untuk menghasilkan informasi tentang aspek kemahiran dan profesionalisme bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan kewartawanan di Malaysia. Temu bual separa berstruktur dijalankan terhadap tujuh editor akhbar di Malaysia. Data temu bual tentang kemahiran dan profesionalisme dianalisis menggunakan analisis tematik. Editor berita di Malaysia mempunyai pemahaman yang sama dengan perspektif Barat yang menekankan kemahiran menulis sebagai kemahiran asas. Namun keperluan penggunaan peranti seperti telefon bimbit menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran yang diperlukan.
Berdasarkan maklum balas, informan menyatakan bahawa wartawan solo memerlukan kemahiran menulis, kemahiran multimedia, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran dwibahasa, manakala aspek profesionalisme yang diperlukan adalah autonomi, komitmen, dan kejujuran. Berdasarkan jawapan informan, dan Teori Akauntabiliti Media, wartawan solo perlu mematuhi Etika Kewartawanan Malaysia dan perlu lengkap dengan pelbagai kemahiran agar dilabelkan sebagai wartawan solo. Model Kurikulum Kewartawanan boleh dijadikan panduan bagi penambahbaikan silibus pendidikan kewartawanan supaya bersesuaian dengan jangkaan industri.

Item Type: Thesis (Masters)
Keywords: Journalism, Wartawan solo, Professionalism, kewartawanan pendidikan
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Journalism
By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Journalism > Media Law, Regulations, And Ethics
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Muhammad Shafiq Amirullah
Date Deposited: 12 Jan 2021 08:31
Last Modified: 12 Jan 2021 08:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item