UNSPECIFIED, ed. Garis panduan pembangunan pertanian tanah bercerun. 1 ed. Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya, Malaysia. ISBN 978-983-047-265-2 (2020)
Abstract
Garis Panduan Pembangunan Pertanian di Tanah Bercerun (GPPTB) Edisi 2020 ini berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan bukan sahaja kepada golongan petani malah kepada semua pihak yang berkepentingan termasuk orang awam. GPPTB yang pertama telah diterbitkan pada tahun 2000 oleh Jabatan Pertanian Malaysia (DOA). Buku tersebut telah beberapa kali dikemaskini berdasarkan situasi semasa perkembangan sektor pertanian di Malaysia dalam tempoh 16 tahun terutama melibatkan tahap kecerunan yang dibenarkan untuk pembangunan pertanian. Pada tahun 2019, sekali lagi garis panduan ini ditambahbaik apabila tanaman durian menjadi sumber kekayaan baharu negara. Pembukaan kawasan baharu atau tanam semula bagi tanaman durian meningkat dengan begitu pesat sehingga menimbulkan banyak isu terhadap alam sekitar. Justeru, DOA dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi yang menjadi pemegang taruh utama dalam isu ini telah menyedia dan melancarkan Garis Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian di Tanah Bercerun pada Julai 2019. Garis panduan khas tersebut kemudiannya telah diselaras dalam Edisi 2020 ini. Buku ini adalah sebagai usaha awal kepada hasrat DOA untuk menyediakan garis panduan yang lebih komprehensif bagi pembangunan pertanian di tanah bercerun bermula Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kelak. Bagi pihak Penerbit DOA, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam penyediaan buku ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan oleh semua petani dan seluruh masyarakat untuk membangunkan aktiviti pertanian di negara tercinta ini secara lestari.
Item Type: | Book |
---|---|
Keywords: | Hill farming, Malaysia, Agriculture, Government publications |
Taxonomy: | By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology By Subject > Plantation & Agrotechnology > Crop Science |
Local Content Hub: | Subjects > Plantation & Agrotechnology |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 21 May 2021 07:43 |
Last Modified: | 21 May 2021 07:44 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |