Laporan status pasaran harta tanah = property market status report: H1 2020

Laporan status pasaran harta tanah = property market status report: H1 2020. Project Report. Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta, Putrajaya, Malaysia. (2020)



Abstract

Laporan Status Pasaran Harta Tanah menyebarkan empat jenis maklumat jualan iaitu:

i. Prestasi jualan skim perumahan yang baru dilancarkan pada separuh pertama tahun 2020.

ii. Maklumat harta tanah yang siap dibina tidak terjual bagi kediaman, kedai dan industri. Mulai 1 Januari 2003, ‘harta
tanah siap dibina tidak terjual’ telah didefinisikan sebagai unit kediaman, kedai dan industri yang telah siap dibina
dan telah mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) tetapi kekal tidak terjual melebihi sembilan bulan
selepas ianya dilancarkan untuk dijual pada atau selepas 1 Januari 1997.

iii. Maklumat harta tanah dalam pembinaan yang kekal belum terjual dan telah berada di pasaran melebihi sembilan
bulan selepas ianya dilancarkan untuk dijual selepas 1 Januari 1997, dan

iv. Maklumat harta tanah yang belum dibina yang kekal belum terjual dan telah berada di pasaran melebihi sembilan
bulan selepas ianya dilancarkan untuk dijual selepas 1 Januari 1997.

Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menjayakan penerbitan ini, khususnya, kepada pemaju harta tanah yang telah terlibat dalam memberi maklumat yang berharga, dalam menjayakan kajian ini. Tanpa sokongan mereka, kami tidak mungkin dapat menerbitkan laporan ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Keywords: Town Planning, Real property
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 24 May 2021 09:55
Last Modified: 25 May 2021 05:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item