Inspirasi penciptaan komposisi muzik GhaMuhyi: sebuah karya muzik baharu bersumber dari muzik tradisional ghazal Melayu Johor

Inspirasi penciptaan komposisi muzik GhaMuhyi: sebuah karya muzik baharu bersumber dari muzik tradisional ghazal Melayu Johor. Malaysian Journal of Music, 5 (1). pp. 74-91. ISSN 0128-2158 (2016)



Abstract

Pencetus munculnya inspirasi komposisi GhaMuhyi dapat dikatakan sebagai permasalahan utama artikel, iaitu kelompangan komposisi muzik Ghazal Melayu Johor (GMJ) kini dianalogikan seperti sebuah pohon yang ditutupi oleh semak belukar. Kedua, tema-tema ketuhanan sering dianggap hanya sesuai untuk disalurkan terhadap kesenian Islam popular sahaja seperti nasyid, qasidah, solawat dan lain-lain. Ketiga, kekuatan muzik dalam menyampaikan pesanan bersifat numerik jarang sekali menggunakan Al-Qur’an sebagai sumber muzikal dalam teknik komposisinya. Keempat, pandangan dikotomi tentang muzik absolut dan muzik program sering menjadi permasalahan dalam kreativiti penciptaan muzik padahal dikotomi tersebut tidaklah bertujuan membezakan kualiti muzik yang dihasilkan. Kelima, muzik GMJ sebagai muzik hiburan dahulunya telah gagal mendapat tempat sebagai muzik popular di era masakini walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam industri muzik Malaysia. Oleh itu, objektif komposisi karya ini adalah yang pertama, menghidupkan kembali “pohon” GMJ supaya dapat menghasilkan “buah-buah” idea muzikal yang baharu dan juga memangkas “semak belukar” lagu-lagu langgam GMJ supaya tidak tertutup lagi. Kedua, mengekspresikan Al-Muhyi sebagai tema keTuhanan yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam kesenian tradisional Melayu seperti GMJ tanpa perlu merubah bentuknya menjadi kearab-araban. Ketiga, menyampaikan pesanan muzikal yang bersifat numerik melalui hubungan nada-nada dengan huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Keempat, menciptakan muzik GMJ baharu yang mengandung nilai absolut dan program secara bersamaan. Kelima, menonjolkan keunikan muzik GMJ melalui pendekatan estetika popular tanpa menyederhanakan elemen tradisionalnya. Kaedah penciptaan yang dilakukan adalah secara tidak teratur (zig-zag) dan dibahagikan kepada kaedah mewujudkan muzik dan kaedah mewujudkan persembahan muzik

Item Type: Article
Keywords: Ghazal Melayu Johor, GhaMuhyi, Al-Muhyi, Inspirasi penciptaan
Taxonomy: By Subject > Music > Musical Compositions
Local Content Hub: Subjects > Music
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 14 Jan 2021 06:25
Last Modified: 14 Jan 2021 06:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item