Faktor – faktor yang mempengaruhi komunikasi interpersonal dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 36 (2). pp. 52-70. ISSN 2289-1528 (2020)
Abstract
Kemahiran komunikasi interpersonal merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial yang profesional. Mahasiswa kerja sosial tahun akhir perlu memiliki kemahiran komunikasi interpersonal yang baik kerana mereka bakal berhadapan dengan klien daripada pelbagai latar belakang apabila mereka menjadi seorang pekerja sosial kelak. Kemahiran komunikasi yang baik akan menjadikan mahasiswa kerja sosial mampu untuk berkomunikasi dengan baik apabila berada di lapangan kelak. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengukur tahap, hubungan dan pengaruh faktor komunikasi interpersonal dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di universiti awam di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 215 mahasiswa tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam yang menawarkan program kerja sosial dipilih sebagai responden kajian. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial di universiti awam menunjukkan tahap komunikasi interpersonal pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Selain itu, pemboleh ubah pemikiran kreatif, tingkah laku beretika dan penyelesaian masalah merupakan faktor peramal utama yang mempengaruhi komunikasi interpersonal dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir di universiti awam. Hasil kajian dilihat memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan di peringkat program kerja sosial untuk menambahbaik program bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di universiti awam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi interpersonal, Penyelesaian masalah, Pemikiran kreatif, Tingkah laku beretika, Keupayaan kepimpinan, Interpersonal Communication |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication > Effective Speaking By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication > Public Speaking |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 10 May 2021 08:28 |
Last Modified: | 10 May 2021 08:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |