Peranan Akhbar sebagai Wadah Komunikasi Pemerintah Selepas Pilihan Raya Umum 1969

Peranan Akhbar sebagai Wadah Komunikasi Pemerintah Selepas Pilihan Raya Umum 1969. Jurnal Komunikasi, 36 (1). pp. 1-19. ISSN 2289-1528 (2020)



Abstract

Pilihan Raya Umum 1969 (PRU 1969) dikaitkan dengan Tragedi 13 Mei yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah perhubungan kaum di Malaysia. Antara faktor tercetusnya tragedi ialah keghairahan parti-parti politik dalam memainkan isu-isu berbau perkauman dengan tujuan untuk memancing undi. Perbincangan politik yang dimainkan oleh parti-parti politik banyak yang menyentuh isu-isu sensitif yang sedikit sebanyak mengganggu gugat keharmonian kaum. Ianya telah menguji Demokrasi Permuafakatan Perikatan yang disemai sejak awal tahun tahun 1950-an. PRU 1969 juga memperlihatkan Parti Perikatan mengalami kemerosotan berbanding parti-parti pembangkang yang mendapat undi memberangsangkan. Ekoran itu, pelbagai langkah dilaksanakan selepas pilihanraya bagi mengatasi kelemahan yang berlaku. Berdasarkan permasalahan tersebut, objektif utama yang ingin diketengahkan dalam kajian ini ialah menganalisis peranan akhbar selepas PRU 1969 dalam menyokong dasar kerajaan dan mengukuhkan parti pemerintah. Perbincangan dalam penulisan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan analisis sumber-sumber daripada media massa iaitu akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, The Straits Times, Nanyang Siang Pau dan New Nation. Daripada semua akhbar itu, Berita Harian dan The Straits Times merupakan akhbar utama yang menjadi sumber analisis kerana akhbar ini lebih bebas dan terbuka. Hasil kajian ini mendapati selepas PRU 1969, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani permasalahan yang berlaku dan akhbar telah menjadi medium yang sangat penting dalam menyampaikan mesej pemerintah kepada rakyat.

Item Type: Article
Keywords: Pilihan Raya Umum 1969, Akhbar, Mesej pemerintah, Perpaduan, Media psychology
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Publishing > News Writing and Reporting
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > Public Relations > Asian Politics
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 10 May 2021 08:58
Last Modified: 10 May 2021 08:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item