Kemahiran komunikasi penutur asing: aplikasi pendekatan telefon pintar dan internet

Kemahiran komunikasi penutur asing: aplikasi pendekatan telefon pintar dan internet. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 353-367. ISSN 2289-1528 (2019)



Abstract

Usaha memartabat dan mengantarabangsakan budaya dan bahasa Melayu (BM) sering dikaitkan dengan pengajaran bahasa terhadap pelajar antarabangsa mahupun penutur asing yang datang ke negara ini. Pelbagai strategi telah disasarkan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran masing-masing bagi memastikan pengajaran bahasa tersebut lebih berkesan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Kajian ini mengambil kira penggunaan telefon pintar dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM untuk pelajar asing sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi pelajar. Kajian ini juga melihat keberkesanan teknik ini kepada kemahiran komunikasi bertulis pelajar yang melalui proses pembelajaran ini. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar antarabangsa di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Data diperolehi melalui soal selidik dan sesi temu bual bagi tujuan melihat respon subjek terhadap objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar lebih cepat memahami dan lebih menguasai BM itu melalui teknik penggunaan telefon pintar tersebut sama ada melalui fungsi telefon pintar itu sendiri mahupun dengan penggunaan internet yang ada seperti penggunaan YouTube, Google Image, dan laman sesawang. Selain itu, pengkaji mendapati aktiviti pengukuhan yang dijalankan di dalam kelas pengajaran turut menyumbang kepada peningkatan kemahiran komunikasi pelajar asing ini. Kajian ini juga mendapati kaedah ini boleh digunakan dan diaplikasi pada mana-mana tahap pengajaran mahupun pada golongan sasaran yang berbeza.

Item Type: Article
Keywords: Telefon pintar, bahasa Melayu, Internet, pelajar antarabangsa, komunikasi, Digital content
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication
By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication > Effective Speaking
By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting > Multiplatform Interactive Design
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 19 May 2021 03:36
Last Modified: 19 May 2021 03:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item