Kerelevanan siaran radio terhadap remaja generasi Z di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 35 (2). pp. 123-142. ISSN 2289-1528 (2019)
Abstract
Radio merupakan media arus perdana yang penting dalam pembangunan negara bangsa. Pada era globalisasi, media baharu mula mendominasi landskap komunikasi negara. Timbul satu persoalan iaitu sejauh manakah kerelevenan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti minat remaja Generasi Z terhadap siaran radio dan faktor yang mempengaruhi minat mereka terhadap rancangan siaran radio. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan 944 responden yang berusia antara 13 hingga 23 tahun. Kajian kualitatif pula melibatkan 30 orang mahasiswa yang berusia antara 20 hingga 23 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa kewujudan radio masih lagi relevan dalam kalangan remaja Generasi Z. Empat stesen radio iaitu Era FM, Hot FM, Hitz FM dan IKIM FM menjadi pilihan utama remaja Generasi Z di Malaysia. Selain itu, kajian mendapati faktor lagu, unsur jenaka, nilai ilmu, dan bentuk pengendalian rancangan radio mempengaruhi pemilihan sesebuah stesen radio. Dalam pada itu, faktor penolakan remaja Generasi Z terhadap rancangan dan program radio turut dibincangkan dalam artikel ini. Justeru, siaran radio masa kini perlu bersifat dinamik, informatif dan multi-fungsi agar berupaya menjadi medium komunikasi berwibawa yang relevan dengan remaja Generasi Z. Hal ini seiring dengan aspirasi negara untuk memperkasa remaja Generasi Z yang bakal menerajui kepimpinan negara pada dekad mendatang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi belia, Generasi Z, Psikologi pendidikan, Kemahiran keibubapaan, Radio, Youth communication |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting > Radio & TV Presentation |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 19 May 2021 04:56 |
Last Modified: | 19 May 2021 04:56 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |