Dasar keselamatan siber Malaysia: tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi, 35 (1). pp. 103-119. ISSN 2289-1528 (2019)
Abstract
Undang-undang merupakan salah satu dasar kerajaan yang diwujudkan untuk kebaikan negara. Hal ini kerana melalui undang-undang kita dapat mengatur dan mengawal masyarakat. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak menyukai undang-undang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas. Dalam konteks Internet pula, undang-undang siber dicipta bagi memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik dan berhemah. Antara langkah yang baik dalam menangani isu ancaman siber adalah melalui penguatkuasaan undang-undang siber. Walau bagaimanapun, netizen masih tidak menyedari tentang kewujudan undang-undang siber dan peningkatan angka kes jenayah siber setiap tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesedaran informan terhadap kewujudan undang-undang siber dan menganalisis pelaksanaan undang-undang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen untuk mendapatkan data kajian yang berkualiti. Jumlah informan kumpulan fokus ialah seramai 35 orang pengguna Internet manakala jumlah informan temu bual mendalam adalah seramai 6 orang pegawai kerajaan. Antara dokumen utama yang dianalisis ialah akta dan perundangan, laporan tahunan dan siaran media. Hasil kajian mendapati informan kumpulan fokus tidak mengetahui kewujudan undang-undang siber kerana mereka merasakan undang-undang tersebut tidak penting, selain informan kurang peka dan mengamalkan sifat sambil lewa. Hasil analisis dokumen juga mendapati terdapat beberapa undang-undang siber yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ancaman siber seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan 2010).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Undang-undang siber, Keselamatan siber, Netizen, Media sosial, Kesedaran |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Broadcasting By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Journalism > Media Law, Regulations, And Ethics By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 19 May 2021 06:34 |
Last Modified: | 19 May 2021 06:34 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |