Penggunaan manga dan anime sebagai media pembelajaran dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di universiti awam Malaysia

Penggunaan manga dan anime sebagai media pembelajaran dalam kalangan pelajar bahasa Jepun di universiti awam Malaysia. Jurnal Komunikasi, 34 (3). pp. 298-313. ISSN 2289-1528 (2018)



Abstract

Manga (komik Jepun) dan anime (animasi Jepun) bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Anime kerapkali ditonton oleh kanak-kanak dan remaja Malaysia tanpa mengira kaum. Kreativiti lakaran dan plot yang menarik membuatkan peminat tidak sabar menonton anime pada episod seterusnya. Belum ada kajian yang dijalankan terhadap penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar Universiti serta sejauh mana pengaruh budaya popular Jepun ini mempengaruhi kehidupan pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan manga dan anime dalam kalangan pelajar di dua buah Universiti Awam (UA) iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) serta mengkaji sejauh manakah manga dan anime mempengaruhi kehidupan mereka seharian. Responden terdiri daripada 86 orang pelajar yang mengambil kursus Bahasa Jepun (BJ) di UPM dan UM yang meminati manga atau anime. Data diperoleh daripada kaji selidik berjumlah empat mukasurat yang terdiri daripada soalan dengan jawapan pilihan serta soalan berbentuk subjektif. Dapatan menunjukkan responden perempuan lebih menggemari manga dan anime seinen (remaja lelaki) manakala responden lelaki lebih cenderung kepada manga dan anime shojo (remaja perempuan). Genre fantasi paling diminati responden diikuti humor, misteri, percintaan, seram dan erotisisme. 36% responden berpendapat manga dan anime mengubah kehidupan mereka dan 79% berpendapat bahawa manga dan anime membantu mereka meningkatkan kemahiran bahasa Jepun. Dalam aktiviti penulisan dialog dan perbualan, pelajar yang menggemari manga dan anime mendapat markah penilaian yang lebih tinggi kerana pemilihan kosa kata dan frasa atau ayat dalam manga dan anime bersesuaian dengan situasi perbualan. Dapatan kajian menunjukkan signifikan manga dan anime dalam kehidupan pelajar bahasa Jepun.

Item Type: Article
Keywords: Manga, Anime, Universiti Awam, Pelajar, Budaya popular Jepun
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Instructional Communication & Training
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication
By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > New Media Communication > Animation
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Eza Eliana Abdul Wahid
Date Deposited: 19 May 2021 07:37
Last Modified: 19 May 2021 07:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item