Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen kredibiliti komunikator Islam menurut Al-Quran

Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen kredibiliti komunikator Islam menurut Al-Quran. e-Journal of Media & Society, 1: 4. ISSN 2682-9193 (2018)



Abstract

Menurut perspektif Islam, komunikator menggalas kedudukan paling penting dalam menyampaikan mesej kepada penerima sama ada individu ataupun kumpulan menggunakan medium tertentu. Pada masa kini, terlalu ramai Muslim siber yang ingin memikul tugas dan tanggung jawab sebagai komunikator Islam. Perkara ini amat baik kerana setiap Muslim itu ditugaskan untuk berdakwah sesuai dengan kemampuan mereka. Namun ilmu pengetahuan, adab dan sifat seorang komunikator Islam perlu dihadam agar mesej yang disampaikan diterima semua. Perkara inilah yang menjadi nilai kredibiliti seorang komunikator yang akan diukur melalui pendekatan kuantitatif. Dalam mewujudkan instrumen kredibiliti komunikator Islam, ayat al-Quran yang menggariskan sifat seorang penyampai mesej Islam dikeluarkan dan dibina item-item yang bersesuaian berdasarkan faktor yang telah dikenal pasti. Seterusnya item yang dibina disahkan oleh pakar rujuk dan dianalisis melalui analisis faktor penerokaan yang dikod ke dalam aplikasi SPSS. Hasil kajian menemukan, lima daripada tujuh faktor kredibiliti komunikator Islam iaitu Amanah, Benar, Beriman, Boleh dipercayai dan Adil diterima sebagai elemen kredibiliti komunikator Islam.

Item Type: Article
Keywords: Komunikator islam, Kredibiliti, Analisis faktor penerokaan, Interpersonal Communication, Communication theory
Taxonomy: By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Communication Theory
By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Interpersonal Communication
Local Content Hub: Subjects > Communication & Media Studies
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 06 Apr 2021 08:02
Last Modified: 06 Apr 2021 08:02
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item