Ekspresi keperibadian Melayu di sebalik ukiran kayu tradisional. KUPAS SENI: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1: 7. pp. 26-32. ISSN 2289-4640 (2013)
Abstract
Kekuatan motif ukiran kayu tradisional sering dikaitkan dengan kemahiran seniman ukir, kehalusan ukiran, fungsi ukiran, kreativiti dan nilai-nilai simbolik disebaliknya. Namun jika dihayati dengan lebih mendalam kekuatan motif ukiran kayu tidak terhenti hanya pada aspek visual. Di sebalik fungsi, keindahan ukiran, kemahiran pandai ukir, kreativiti pandai ukir dan nilai-nilai simbolik, tersirat juga ekspresi keperibadian seniman ukir yang mewakili masyarakat Melayu. Kertas kerja ini cuba mengungkapkan ekspresi keperibadian Melayu yang tersirat di sebalik ukiran kayu. Dengan bahasa visual yang terdapat pada ukiran kayu tradisional penulis cuba menterjemahkan ekspresi keperibadian seniman ukir dan masyarakatnya dalam bentuk bahasa verbal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Art and crafts, Traditional wood carvings |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Decorative Arts By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Atirah Ruslan |
Date Deposited: | 15 Oct 2020 06:31 |
Last Modified: | 15 Oct 2020 06:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |