Perhubungan media daripada perspektif editor melayu islam pertubuhan media di Malaysia. Jurnal Komunikasi, 32 (2). pp. 259-276. ISSN 2289-1528 (2016)
Abstract
Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi dan amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam (PPA) untuk membina hubungan yang berkesan dengan editor pertubuhan media. Objektif makalah ini berfokus pada amalan perhubungan media dengan memberi tumpuan kepada kepentingan amalan tersebut daripada perspektif editor Melayu Islam pertubuhan media di Malaysia. Kaedah wawancara mendalam dilaksanakan untuk menganalisis pendapat 10 orang editor mengenai amalan perhubungan media di Malaysia. Hasil kajian nalisis memperlihatkan bahawa para editor Melayu Islam bersetuju bahawa amalan atau budaya perhubungan media sangat penting di negara ini. Terdapat cadangan-cadangan untuk penambahbaikan yang dikemukakan oleh para editor media kepada PPA dalam usaha membantu meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media. Para editor Melayu Islam memberi pandangan yang positif mengenai kepentingan amalan perhubungan media antara PPA dengan editor pertubuhan media di negara ini. Mereka telah memberi pelbagai pandangan menarik yang mungkin boleh dijadikan “budaya” kepada PPA di negara ini. Terdapat tiga faktor diperlukan bagi penambahbaikan dalam membantu meningkatkan keberkesanan amalan perhubungan media di negara ini, iaitu bahan perhubungan media yang mengandungi nilai berita, PPA yang berpengalaman dan profesional di samping unit perhubungan awam yang mampu membantu membina imej dan kedudukan organisasi mereka. Kesimpulan nya, pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan oleh para editor Melayu Islam pertubuhan media yang mungkin sangat sesuai dijadikan garis panduan oleh PPA di negara ini. Pandangan mereka bertujuan memperbaiki dan meningkatkan amalan perhubungan media ke satu tahap yang lebih cemerlang dan profesional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perhubungan media, Pengamal perhubungan awam, Editor Melayu Islam, Penambahbaikan, Organisational communication |
Taxonomy: | By Subject > Communication & Media Studies > Communication > Communication Management & Policy By Subject > Communication & Media Studies > Media Studies > Journalism By Subject > Communication & Media Studies > Strategic Communication > Public Relations |
Local Content Hub: | Subjects > Communication & Media Studies |
Depositing User: | Eza Eliana Abdul Wahid |
Date Deposited: | 19 May 2021 08:31 |
Last Modified: | 19 May 2021 08:32 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |