Nisa hasilkan kek keju Ciciz persis siri kartun. [Newspaper] (2020)
Abstract
Disebabkan itu, sebaik Siti Nur Hanisa Sallehuddin, 21, memuat naik potongan kek keju berwarna kuning biji sawi yang dihasilkannya, ramai yang menyamakannya dengan keju yang dilihat di dalam kartun tersebut. Tidak kurang juga ada yang menyangka itu merupakan aksesori atau perhiasan.
Mana tidaknya, potongan kek yang kemas dan licin strukturnya seperti plastik menyebabkan ramai yang tersalah tafsir. Bagaimanapun, sebaik mengetahui itu merupakan kek sebenar dan dihasilkan sendiri oleh graduan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Perindustrian daripada Universiti Teknologi Mara, Lendu Melaka, ramai yang terpegun dan mula mengagumi air tangan gadis itu.
Dek keterujaan itu juga, kek tersebut tular di laman media sosial sejak awal Julai lalu.
Menurut gadis yang mesra disapa Nisa ini, idea untuk menghasilkan kek keju itu datang secara spontan sewaktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu.
“Ketika itu, saya sedang bercuti sementara menunggu peluang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda dalam jurusan sama. Disebabkan permintaan ramai, bermodalkan RM500, dia mula menjual kek keju tersebut.Kek yang dikenali sebagai Ciciz yang diinspirasikan daripada bunyi cit-cit yang dihasilkan tikus dengan ciz sebagai singkatan cheese itu dijual pada harga RM10 sepotong.
“Sehari saya boleh hasilkan lebih kurang 120 biji, bersamaan 60 kotak. Setakat ini, sebanyak 600 biji kek dijual.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | usahawan siswa, kerja sambilan, penjanaan kewangan |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Business Planning By Subject > Entrepreneurship > Success Story |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Nor Kamala Yahya |
Date Deposited: | 21 Jan 2021 04:05 |
Last Modified: | 21 Jan 2021 04:05 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |