Nikmati air nira di ladang nipah. [Newspaper] (2020)
Abstract
Memiliki ladang nipah keluasan 0.5 hektar, lokasi berkenaan tidak pernah sunyi dengan kehadiran para penggemar air nira nipah sama ada dari kawasan sekitar mahu pun luar negeri. Pemilik Ladang Nira Nipah Napiah, Mohd. Hanafiah Yahya, 49, memberitahu, ladang berkenaan menawarkan pengalaman berbeza kepada para penggemar air nira. Jelasnya, para pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman menikmati kesegaran air nira di bawah rimbunan daun pohon nipah.“Selepas ladang ini dibuka, saya dapati ramai orang selalu singgah di sini untuk menikmati pemandangan di kawasan sekitar. Daripada situ, saya dapat idea membuka ladang ini untuk kunjungan orang ramai.
“Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan dengan purata pengunjung sekitar 500 orang sehari.
Menurut Mohd. Hanafiah, dia hanya menjual air nira dalam bentuk gelas iaitu RM3 segelas bersamaan 300 mililiter.
Selain air nira, pengunjung juga boleh menikmati beberapa hidangan istimewa di ladang berkenaan seperti mi udang, nasi goreng udang, nasi goreng ayam dan char kuetiau.
Hidangan berkenaan boleh diperoleh pada harga bermula RM5 hingga RM18.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Agrobiz, Usahawan, Ladang Nira Nipah |
Taxonomy: | By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Nor Kamala Yahya |
Date Deposited: | 15 Jan 2021 02:14 |
Last Modified: | 15 Jan 2021 02:14 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |