Jerebu rentas sempadan: isu dan cabaran undang - undang di Malaysia dalam mengekalkan kualiti udara yang baik

Jerebu rentas sempadan: isu dan cabaran undang - undang di Malaysia dalam mengekalkan kualiti udara yang baik. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 6 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-8042 (2019)



Abstract

Artikel ini mengetengahkan perihal jerebu rentas sempadan di Malaysia yang berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia. Beberapa aspek dinilai di dalam artikel ini termasuklah faktor dan impak jerebu kepada Malaysia, isu dan cabaran pencemaran rentas sempadan serta peruntukan undang-undang Malaysia yang berkait rapat dengan masalah jerebu rentas sempadan dalam usaha mengekalkan kualiti udara pada paras baik. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji rangka kerja perundangan semasa Malaysia dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan selain mengupas fungsi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002 dalam menangani masalah ini. Artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif menerusi penilaian deskriptif dan analisis kritikal terhadap peruntukan undang-undang yang relevan buat Malaysia dalam menghadapi fenomena jerebu rentas sempadan. Hasil penyelidikan menyimpulkan bahawa peruntukan undang-undang Malaysia hanya memadai untuk mengawal masalah pencemaran jerebu domestik dan perlu ditambah baik untuk mengatasi masalah jerebu rentas sempadan.

Item Type: Article
Keywords: Jerebu, Pencemaran rentas sempadan, Kualiti udara, Undang-undang Malaysia, Air quality
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Mohd Fadhli Samsudin
Date Deposited: 30 Apr 2021 08:52
Last Modified: 30 Apr 2021 08:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item