Perubahan gunatanah dan taburan hujan luar biasa di daerah-daerah pedalaman Negeri Kedah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7): 6. pp. 58-69. ISSN 2180-2491 (2015)
Abstract
Perubahan gunatanah memberi kesan negatif kepada taburan hujan yang akhirnya mewujudkan bencana banjir. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara perubahan gunatanah dengan taburan hujan di beberapa daerah pedalaman Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Sik. Analisis terhadap data hujan menggunakan graf bar secara bulanan dari tahun 1990-2013. Data gunatanah adalah dari tahun 1984-2012 dan analisis perubahan gunatanah menggunakan Patch Density dan Size Metrics melalui Ujian Mean Patch Size serta Mean Perimeter-Area Ratio. Hasil kajian mendapati perubahan gunatanah dari tahun 1984-2012 adalah selari dengan kejadian taburan hujan luar biasa dan luar biasa ekstrim di beberapa daerah pedalaman Kedah. Akhirnya, bencana banjir besar melanda beberapa daerah di Kedah seperti Kubang Pasu dan Kota Setar yang dikatakan terburuk sejak 30 tahun iaitu pada tahun 2005 dan 2010. Oleh kerana itu, dasar berkaitan dengan pembangunan tanah perlu dimantapkan agar bencana alam seperti banjir luar biasa dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis ruangan, Flood, Edge metrics, Hujan luarbiasa, Perubahan gunatanah, Patch density, Spatial analysis |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Surveying Sciences And Geomatics |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Mohd Fadhli Samsudin |
Date Deposited: | 03 Feb 2021 23:42 |
Last Modified: | 03 Feb 2021 23:42 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |