The first release of the C. salviniae in Sabah as the biological control agent of S. molesta

The first release of the C. salviniae in Sabah as the biological control agent of S. molesta. [Video] (2018)



Abstract

Ekoran dari kejayaan Australia mengawal S. molesta secara biologi menggunakan Kumbang C. salviniae, Jabatan Pertanian Malaysia telah mengimport C. salviniae untuk dibiakkan di Semenanjung Malaysia pada awal 1980-an dan dilepaskan di beberapa buah empangan yang mengalami masalah S. molesta. Kejayaan Jabatan Pertanian Malaysia mengawal S. molesta di seluruh empangan di Semenanjung telah mendorong Jabatan Pertanian Negeri Sabah untuk mengambil inisiatif membawa kumbang ini ke Sabah. Satu ekspedisi pencarian dan pengutipan C. salviniae telah dilakukan di Tasik Durian Tunggal, Melaka oleh kakitangan dari Jabatan Pertanian Sabah dan KOPEL serta dibantu oleh pegawai dan kakitangan dari Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian Malaysia. Ekspedisi ini membawa telah berjaya mengutip dan membawa masuk sejumlah 434 ekor C. salviniae ke Sabah dan kemudian dibiakkan di Pusat Pembiakan Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran. Bagi memantapkan pengurusan serangan S. molesta di Sabah, Jabatan Pertanian telah mengadakan program usahasama dengan pihak KOPEL Mukim Batu Putih Kinabatangan untuk mengawal S. molesta dengan menggunakan C. salviniae sebagai agen kawalan biologi. Memorandum usahasama ini telah dimeterai pada 4 Mac 2017 di ‘Tungog Rainforest Eco Camp’ Kinabatangan dan merupakan pusat pembiakan C. salviniae yang kedua di Sabah.

Item Type: Video
Keywords: Biological control
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Agriculture Technology
Local Content Hub: Subjects > Plantation & Agrotechnology
Depositing User: Haryati Ramlee
Date Deposited: 26 Jul 2020 21:20
Last Modified: 26 Jul 2020 21:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item