Papan iklan luar dan pemilihan sosial: kajian kes papan iklan di lebuhraya elite expressway E608

Papan iklan luar dan pemilihan sosial: kajian kes papan iklan di lebuhraya elite expressway E608. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36 (4): 16. pp. 258-281. ISSN 2289-1528 (2020)



Abstract

Penyelidikan ini mengkaji fungsi dan peranan papan iklan luar dalam mempengaruhi pemilihan sosial pengguna yang menggunakan Lebuhraya Elite Expresway E608. Fokus kajian adalah terhadap elemen rekabentuk visual seperti tipografi, warna, susun letak rekaan dan ilustrasi, perletakkan, material papan iklan luar di kawasan kajian serta tafsiran paparan mesej dan bahasa berdasarkan rekaan pada papan iklan luar. Kerangka konsep bagi kajian ini memperjelaskan bagaimana pemilihan sosial itu mampu menjadikan sesuatu produk itu boleh diterima masyarakat dan ianya berasaskan Kod dan Prinsip Am Amalan Pengiklanan Malaysia. Metadologi kajian yang akan digunakan adalah kaedah gabungan concurrent nested (Creswell, Plano Clark, Gutmann & Hanson, 2003) di mana sampel bergambar akan digunakan sebagai metod utama manakala hasil dari kaedah temuramah wakil dari pihak PLUS dan orang ramai adalah sebagai sokongan. Analisis bergambar terhadap rekaan reka letak papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 masih mengikut tatacara dan kod pengiklanan Malaysia. Peranan pihak PLUS sepenuhnya dalam peletakkan papan iklan luar di lebuhraya Elite Expressway E608 mengikut kesesuaian keboleh pasaran produk tersebut di laluan berkenaan. Hasil temuramah kumpulan berfokus menunjukkan informan bersetuju bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan di lebuhraya sekaligus dapat mempengaruhi pemilihan sosial pengguna. Berdasarkan kajian pada analisis visual dan hasil temuramah menunjukkan bahawa papan iklan luar adalah medium pengiklanan yang berkesan dalam mempengaruhi pemilihan sosial masyarakat di lebuhraya.

Item Type: Article
Keywords: Media and medium, Visual product, Rekabentuk visual, Advertising media
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Graphic Communication
By Subject > Art & Design > Creative Photomedia
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nor Kamala Yahya
Date Deposited: 27 Jan 2021 08:59
Last Modified: 27 Jan 2021 08:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item