Keusahawanan wanita di Kelantan berteraskan model ekonomi baru: hala tuju dan cabaran

Keusahawanan wanita di Kelantan berteraskan model ekonomi baru: hala tuju dan cabaran. e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 17 (4). pp. 124-148. ISSN 1823-884x (2020)



Abstract

Artikel ini mengetengahkan keusahawanan wanita yang berpaksikan kepada Model Ekonomi Baru (MEB) serta memperlihatkan keunikan usahawan di Kelantan yang majoriti terdiri daripada golongan wanita. Penglibatan golongan wanita dalam bidang keusahawanan telah bermula sejak abad ke-19 lagi terutamanya di Kelantan. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita di Kelantan menerusi tiga matlamat Model Ekonomi Baru iaitu: Berpendapatan tinggi, Keterangkuman dan Kemampanan. Pusat perniagaan di sekitar daerah Kota Bharu seperti Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru dan Bazar Tengku Anis telah dipilih sebagai kawasan kajian. Seramai 100 usahawan yang menjalankan perniagaan telah dipilih sebagai responden secara persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan jenis ‘’mix method’’ melibatkan data kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik serta temu bual mendalam dengan 10 usahawan yang tepilih serta 2 orang pegawai daripada Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Kelantan. Analisis kajian menggunakan aplikasi Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi data kuantitatif menggunakan soal selidik serta analisis kandungan bagi data kualitatif iaitu hasil temu bual mendalam. Hasil dapatan kajian menunjukkan 95 % responden terdiri daripada usahawan wanita bagi daerah Kota Bharu. Bagi hala tuju dan cabaran menerusi matlamat MEB menunjukkan rata-rata usahawan wanita di Kelantan memberikan persepsi positif mengenai perniagaan mereka walaupun menjalankan perniagaan secara berdikari masih mampu beradaptasi dengan ekonomi semasa. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa usahawan wanita di Kelantan berupaya menghadapi cabaran serta halangan dalam perniagaan. Justeru, ekonomi dan pendapatan mereka sentiasa mampan serta mampu mengekalkan perniagaan sehingga kini

Item Type: Article
Keywords: Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 16 Jul 2020 21:26
Last Modified: 07 Nov 2021 08:17
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item