Ekosistem dan Daya Saing Keusahawanan di Malaysia

Ekosistem dan Daya Saing Keusahawanan di Malaysia. In: Seminar Ketahanan Nasional ke-6 2015, December 2015, Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. (2015)



Abstract

Teori ekonomi menekankan kepada 4 faktor utama iaitu buruh, modal, tanah dan usahawan. Keempat-empat faktor ini jika digabungkan akan menghasilkan output. Teori ekonomi pembangunan klasik yang dipelopori oleh Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823) tidak melihat usahawan sebagai fungsi ekonomi yang berpotensi dalam mendorong pertumbuhan. Sebaiknya hanya melihat kepada faktor buruh dan modal. Kepentingan usahawan dalam pembangunan mula dibincang dalam teori yang dibangunkan oleh Schumpeter, namum teori oleh Solow (1957) pula menekankan kepentingan pelaburan modal yang membawa kepada kemajuan teknologi. Teori pembangunan moden oleh Romer (1990) dan Lucas (1988) melihat faktor inovasi teknologi dan modal insan sebagai asas pembangunan ekonomi yang membawa kepada kewujudan konsep Sistem Inovasi Kebangsaan yang memfokus kepada institusi dan bukan kepada individu. Sejak kebelakangan ini teori pembangunan ekonomi telah mula melihat kepentingan usahawan dalam mengerakan pertumbuhan ekonomi. Ini kerana seorang usahawan yang berkualiti dengan sendirinya dapat mencipta idea yang inovasi, sementara institusi hanyalah sebagai platform untuk proses inovasi itu berlaku. Penemuan ini telah membawa kepada pembentukan konsep Sistem Keusahawanan Kebangsaan. Keusahawanan adalah merupakan satu proses yang kompleks, ia mengabungkan semua element dalam sebuah ekonomi yang membentuk satu ekosistem keusahawanan. Kertas kerja ini cuba untuk melihat Ekosistem Keusahawanan serta menganalisis Daya Saing keusahawanan di Malaysia. Dengan mengunakan data-data dari Global Entrepreneurship and Development Index (GEDI), daya saing keusahawanan di Malaysia telah mengalami kemerosotan dari kedudukan tangga ke 44 pada tahun 2014 kepada kedudukan tangga 56 pada tahun 2016 dibelakang Brunei yang menduduki tangga ke 55.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: pembangunan ekonomi, keusahawanan, ekosistem keusahawanan
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Haryati Ramlee
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:48
Last Modified: 01 Aug 2021 12:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item