Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar

Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar. Geografia: Malaysian Journal of Society & Space, 8 (9). pp. 84-96. ISSN 2180-2491 (2012)



Abstract

Keusahawanan sering diiktiraf sebagai pemangkin dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah komuniti. Bagi memastikan keberkesanannya, penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah perlu, terutamanya dalam projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, tahap penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah masih rendah. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti dalam keusahawanan, agar hala tuju penyertaan komuniti dalam bidang ini dapat dikenal pasti. Selain itu, faktor-faktor pelengkap lain yang menentukan trend ini di kawasan luar bandar juga dibincangkan. Melalui penyertaan aktif dalam kalangan ahli-ahli komuniti, diharapkan keusahawanan luar bandar akan maju ke arah kemakmuran dan kejayaan pembangunan kawasan luar bandar.

Item Type: Article
Keywords: Usahawanan luar bandar, Entrepreneur
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 16 Jul 2020 22:08
Last Modified: 16 Jul 2020 22:08
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item