Kekal ciri menarik dan bersejarah di Bukit Fraser

Kekal ciri menarik dan bersejarah di Bukit Fraser. [Newspaper] (2021)



Abstract

BARU-BARU ini tular dalam media mengenai cadangan pembangunan sebuah hotel lapan tingkat di Bukit Fraser, Pahang, namun timbul satu isu apabila bangunan bersejarah yang sedia ada perlu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan tersebut. Saya berpandangan, kerajaan negeri Pahang khususnya pihak berkuasa tempatan termasuk agensi Pusat yang berkaitan perlu menyediakan garis panduan khusus kepada pembangunan yang melibatkan tanah tinggi yang mempunyai cuaca sederhana sejuk dan tempat bersejarah. Sebagai contoh Bukit Fraser diberi jolokan Little England kerana mempunyai suhu sederhana sejuk. Oleh itu ciri-ciri ini perlu dikekalkan meskipun perlu pembangunan, tetapi masih dikawal. Oleh itu, saya ingin kemukakan beberapa cadangan bagi memastikan kawasan tarikan pelancongan itu tidak terjejas. Bangunan yang hendak didirikan seperti hotel atau apartmen hendaklah tidak melebihi lapan tingkat selain reka bentuk bangunan mesti mempunyai ciri seni bina campuran Inggeris dan Melayu serta tidak terlalu moden. Elakkan dari membina bangunan berdinding kaca yang akan menjejaskan suhu di kawasan tersebut.

Item Type: Newspaper
Keywords: Bukit Fraser, Pembangunan hotel, Seni bina campuran
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Building Surveying
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Construction Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Feb 2021 01:47
Last Modified: 05 Feb 2021 01:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item