Potensi dan Peningkatan Kejayaan Usahawan Wanita di Malaysia

Potensi dan Peningkatan Kejayaan Usahawan Wanita di Malaysia. In: Kolokium Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2015, Jun 2015, Politeknik METRO, Johor Bahru. (Unpublished) (2015)



Abstract

Bidang keusahawanan telah menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi negara, terutama negara-negara maju dan sedang maju. Bidang keusahawanan telah dilihat sebagai bidang yang dapat meningkatkan ekonomi negara, daya saing negara, pendapatan individu, mengatasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru serta meningkatkan kualiti kehidupan. Perkembangan pesat dalam bidang ini, telah menarik minat ramai individu untuk menceburi bidang ini. Kaum wanita juga tidak terlepas untuk menyertai dan mencipta nama di dalam industri ini dan mempamerkan kesungguhan serta sanggup menempuhi cabaran dan masalah yang dihadapi. Tanpa usaha yang gigih, semangat juang yang tinggi, dan kesanggupan menghadapi cabaran, mereka tidak akan dapat mencapai kejayaan. Kertas konsep ini membincangkan tentang usahawan wanita, pembangunan usahawan wanita di Malaysia, faktor yang mempengaruhi golongan wanita menceburi bidang keusahawanan, cabaran dan masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita dan seterusnya cadangan untuk memperbaiki potensi dan peningkatan ke arah kejayaan usahawan wanita dalam bidang keusahawanan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keywords: Usahawan wanita, Pembangunan, Peningkatan kerjaya
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 16 Jul 2020 22:24
Last Modified: 16 Jul 2020 22:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item