Cita rasa era ir 4.0

Cita rasa era ir 4.0. [Newspaper] (2020)



Abstract

KAJIAN Khoo Darren, Goh Yen-Nee, Ting Mao-Seng pada 2019 mendapati trend pembelian akan datang terutama di era revolusi industri (IR 4.0) adalah dipengaruhi media sosial. Hasil kajian itu juga mendapati pada tahun mendatang trend pembeli muda yang lebih menggemari hartanah kediaman tinggi di atas lot komersial. Ini juga bertepatan dengan kajian pasaran yang dijalankan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Belia (REHDA Youth) yang menyatakan trend pembeli sudah berubah. Kebanyakan pembeli muda pula mahukan kediaman yang bertepatan dengan cita rasa mereka. Malahan kajian Khoo dan rakan-rakannya itu mendapati trend media sosial yang menunjukkan cara hidup bandar terutama kepada golongan muda eksekutif banyak dipengaruhi bagaimana kehidupan mereka dapat dipaparkan di alam maya. Walaupun pandemik Covid-19 sedikit sebanyak mengganggu permintaan hartanah, namun tahun ini aktiviti pembelian masih berjalan lancar menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Trend pembinaan dalam kalangan pemaju swasta juga lebih kepada pembangunan bercampur yang membabitkan pembinaan rumah di zon komersial. Di dalam pembangunan bercampur ini biasanya membabitkan projek perumahan, komersial, hiburan, rekreasi dan juga komponen budaya. Pembangunan bercampur ini membabitkan pembangunan transit (TOD) yang menawarkan pembangunan bertingkat dan lengkap dengan kemudahan terkini, berhampiran kawasan kerja dan memudahkan pengguna serta bakal pembeli.

Item Type: Newspaper
Keywords: Hartanah, REHDA, Pembangunan transit
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Town Planning
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Estate Management
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Building Surveying
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Feb 2021 08:21
Last Modified: 02 Feb 2021 08:21
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item