Kini mampu bersaing

Kini mampu bersaing. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Syarikat agrikultur, Colla Niaga Sdn Bhd yang memfokuskan aktiviti import, eksport dan penjualan daging tempatan berkualiti tinggi memproses 120 ekor lembu dengan anggaran 24,000 kilogram (kg) daging segar dalam tempoh sebulan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Abdul Karim berkata, walaupun baru tiga tahun beroperasi hasil kerjasama dengan rakan kongsi, Datuk Amirul Rahman Abdul Rahim, Colla Niaga kini mampu bersaing di pasaran. "Kami memulakan operasi pada 2017 dengan hasrat untuk menjadi pembekal dan pengedar utama lembu dan kambing serta daging segar tempatan yang halal pada harga berdaya saing dan berpatutan. "Selepas tiga tahun, kami berjaya memiliki lima ladang persendirian dan kedai daging yang menawarkan daging segar hasil ternakan sendiri di bawah jenama Colla Meat House. "Malah, haiwan ternakan kami diberi makanan hasil formulasi kami sendiri selain turut menggunakan khidmat penyembelih bertauliah," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurutnya, tahun lalu produk keluarannya sudah menembusi pasar raya di Malaysia seperti Mydin, Giant dan Aeon Big."Terdapat juga permintaan untuk menjadi ejen Colla dan membuka cawangan atas nama Colla, namun saya masih belum bersedia kerana sumber ternakan masih belum mencukupi.

Item Type: Newspaper
Keywords: Penjualan daging tempatan, eksport, Syarikat agrikultur
Taxonomy: By Subject > Plantation & Agrotechnology > Plantation and Agribusiness Management
By Subject > Plantation & Agrotechnology > Aquaculture and Livestock
By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Feb 2021 07:36
Last Modified: 02 Feb 2021 07:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item