Suntik kemanusiaan dalam senibina untuk golongan marhaen. [Newspaper] (2020)
Abstract
APABILA arkitek mula mereka bentuk sesuatu ruang, pelbagai faktor perlu diambil perhatian. Ini termasuk kos yang terlibat, kehendak pelanggan serta faktor alam sekitar. Namun, faktor kemanusiaan serta pengguna akhir semakin hari semakin kurang ditekankan akibat permintaan pelanggan yang membayar kos pembinaan yang harus dipatuhi. Faktor yuran profesional juga menjadi antara asbab rekabentuk sesuatu bangunan kurang nilai tambah dek lantaran hanya memenuhi permintaan minimum pelanggan yang memerlukan reka bentuk yang cepat dan harus segera dijual demi mengaut keuntungan. Kini, seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19. Rumah yang dulunya hanya digunakan untuk tidur dan beristirahat, kini harus digunakan untuk pelbagai keperluan, belajar, bekerja, berehat, makan dan bermain bagi anak-anak kecil. Rutin harian sudah berubah. Ruang yang kecil dan terhad harus dikongsi bersama anak, ibu, ayah serta adik-beradik lain. Kini, ruang tamu harus bertukar menjadi ruang belajar, menonton televisyen, ruang tidur bagi si abang yang tidak mempunyai bilik dan ruang si ibu menggosok serta menerima upah menjahit pakaian.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Arkitek, Rekabentuk, Fakuti Rekabentuk dan Senibina |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Surveying Sciences And Geomatics By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Interior Architecture |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 02 Feb 2021 07:02 |
Last Modified: | 02 Feb 2021 07:02 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |