Perabot asrama antivandalisme

Perabot asrama antivandalisme. [Newspaper] (2019)



Abstract

VANDALISME bukanlah satu isu baharu di negara ini, malah ia kerap dibincangkan dalam media massa dari semasa ke semasa. Di mana-mana saja kita sering terserempak dengan harta benda awam mahupun milik persendirian yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Masalah vandalisme turut berlaku di tempat pelajar menimba ilmu seperti bangunan sekolah yang diconteng ataupun kerusi dan meja belajar sengaja dirosakkan sama ada dipatahkan atau dicalar. Hal sebegini tidak terkecuali dihadapi pihak institusi pengajian tinggi apabila mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit berikutan perbuatan ‘gatal tangan’ segelintir pelajar yang merosakkan perabot di asrama penginapan. Pihak pengurusan terpaksa mengeluarkan belanja besar sama ada membaiki kerosakan atau menggantikan perabot baharu. Namun, masalah mungkin berulang jika masih tiada kesedaran dalam kalangan penghuni asrama untuk menghargai kemudahan ditawarkan. Mengatasi masalah berkenaan, pereka dan pengasas Ideation Sdn Bhd, Zafri Zakaria Merican, tampil dengan rekaan perabot asrama antivandalisme yang secara asasnya terhasil daripada teknologi reka bentuk dan pembuatan perabot.

Item Type: Newspaper
Keywords: Rekabentuk, Struktur, Perabot
Taxonomy: By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Surveying Sciences And Geomatics
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture
By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Construction Management
Local Content Hub: Subjects > Architecture, Planning & Surveying
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 11 Feb 2021 04:24
Last Modified: 11 Feb 2021 04:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item