'Saya suka lukis potret, nampak hidup'

'Saya suka lukis potret, nampak hidup'. [Newspaper] (2020)



Abstract

Kuala Lumpur: Minat terhadap artis K-pop mendorong seorang penuntut aktif semula melukis, sekali gus mengetengahkan bakat yang dimiliki. Nureen Amani Saipulbahri, 20 berkata, dia minat melukis sejak kecil, namun ketika berusia 12 tahun dia melakukan percubaan sulung mewakili sekolah dalam pertandingan lukisan wajah Perdana Menteri. Penuntut Diploma Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Lendu, Melaka, berkata, dia tidak menyangka memenangi tempat ketiga pada pertandingan itu walaupun hanya menyertainya secara suka-suka. "Selepas itu, saya tidak sertai mana-mana pertandingan dan berehat daripada melukis sehingga berada di tingkatan dua."Punca saya aktif semula melukis adalah kerana meminati K-Pop, saya gemar melukis wajah artis disukai dan memuat naik hasilnya di laman sosial. "Tak sangka pula, ramai rakan mengatakan lukisan saya cantik dan maklum balas positif itu yang membuatkan saya terus melukis serta berkeyakinan untuk mengambil tempahan daripada pelanggan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan harga serendah RM30 setiap lukisan," katanya ketika ditemui di Balai Berita NSTP, di sini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Potret, Lukisan, Bakat
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 11 Feb 2021 04:30
Last Modified: 11 Feb 2021 04:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item