Lukisan bermesej, sindiran Dr Arisman

Lukisan bermesej, sindiran Dr Arisman. [Newspaper] (2020)



Abstract

Shah Alam: Bakat melukis yang ada sejak di bangku sekolah tidak disia-siakan Dr Arisman Wenge Abd Rahman, sebaliknya dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej positif menerusi penghasilan karya lukisan digital di peranti tablet. Dr Arisman, 31, yang bertugas di Klinik Ajwa di sini, berkata, antara lukisan yang sering dihasilkannya adalah potret, karikatur, pemandangan, ilustari dan gambar tular di media sosial. Menariknya, setiap karyanya itu diselitkan dengan mesej, informasi penting, nasihat dan sindiran dalam bentuk jenaka sebagai peringatan secara am antaranya berkaitan kepercayaan salah masyarakat terhadap mitos kesihatan. Bercerita lanjut, Dr Arisman yang berasal dari Beaufort, Sabah itu berkata, bakat melukisnya diwarisi daripada ibunya, Acheh Kassim, 62, dan turut ada pada adik-beradiknya yang lain. Ketika bangku sekolah, Dr Arisman pernah menyertai pertandingan melukis poster sehingga layak bertanding di peringkat negeri. "Cuma, kesibukan ketika menyambung pengajian dan selepas bekerja menyebabkan saya tiada masa untuk meneruskan hobi itu. "Saya kembali melukis pada awal tahun lalu dan semakin aktif selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lalu mungkin kerana ada sedikit masa disebabkan waktu kerja yang singkat.

Item Type: Newspaper
Keywords: lukisan digital, potret, karikatur, pemandangan, ilustrasi, poster
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Computer-aided Design
By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Illustrations
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Feb 2021 02:41
Last Modified: 05 Feb 2021 02:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item