Pemasangan ikut cara orang lama. [Newspaper] (2018)
Abstract
Melewati jalan di hadapan Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, pandangan pasti terpukau melihat sebuah rumah cantik yang sarat dengan ciri tradisional Melayu. Melihat kepada struktur binaannya yang baru pula sudah tentu ramai tidak menyangka rumah berusia lebih 110 tahun itu sebelum ini adalah rumah usang yang mengalami banyak kerosakan dan terbiar kosong agak lama. Ia adalah Rumah Perak dan pada zaman dulu dikenali sebagai Rumah Kutai Beranjung. Rekod menunjukkan rumah yang pada asalnya terletak di Mukim Belanja, Parit, Perak itu dibina sekitar 1910 berdasarkan dokumen tanah didaftarkan pada 1907. Malah rekod itu turut menyatakan tanah di rumah berkenaan didaftarkan atas nama Lawiyah Luakang yang sudah diwarisi lima generasi. Kewujudan rumah itu di UIAM adalah hasil usaha pemuliharaan dan penempatan semula Rumah Perak di bawah projek Makmal Hidup Warisan KAED oleh sekumpulan pensyarah serta penuntut fakulti berkenaan yang disiap sepenuhnya pada Mac lalu. Dekan KAED Prof Ar Dr Abdul Razak Sapian berkata, projek berkenaan dilakukan bagi memastikan seni reka dan binaan buatan masyarakat Melayu zaman dulu dapat dipelihara. Beliau berkata, rumah Melayu adalah khazanah yang perlu digali untuk kajian dan dipelajari bagi menjadikannya contoh kehidupan kini serta masa hadapan. “Rumah Melayu sebenarnya menggambarkan banyak perkara merangkumi kehidupan budaya, teknologi, alam sekitar dan agama.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Rumah Melayu, Kayu berkualiti, Pertukangan rumah |
Taxonomy: | By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Architecture By Subject > Architecture, Planning & Surveying > Interior Architecture |
Local Content Hub: | Subjects > Architecture, Planning & Surveying |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 15 Feb 2021 08:26 |
Last Modified: | 15 Feb 2021 08:26 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |