Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia

Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1). pp. 187-203. ISSN 0126-6020 / 2180-0782 (2009)



Abstract

Kajian ini meneroka konsep kesediaan keusahawanan berdasarkan kajian kes pengalaman laluan kerjaya enam orang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) pelbagai industri dalam konteks Malaysia. Data daripada temu bual tentang pengalaman usahawan tersebut mendedahkan konsep
kesediaan keusahawanan yang terdiri daripada dua kategori utama iaitu kemahuan dan kebolehan. Elemen kemahuan dibahagikan kepada kesediaan sikap, kekuatan kerohanian dan kesediaan pembelajaran. Manakala kategori
kebolehan terdiri daripada kesediaan aspek pemikiran keusahawanan, vokasional keusahawanan dan pengetahuan keusahawanan. Taksonomi kesediaan keusahawanan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenal pasti elemen kesediaan yang wujud pada seseorang bagi dalam usaha menyediakan mereka untuk menceburi kerjaya keusahawanan

Item Type: Article
Keywords: Kesediaan keusahawanan, Pendidikan keusahawanan, Industri kecil dan sederhana
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 16 Jul 2020 23:12
Last Modified: 16 Jul 2020 23:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item