Suntikan dana permudah PKS

Suntikan dana permudah PKS. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Jumlah keseluruhan Geran Khas Prihatin (GKP) termasuk di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang akan disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro adalah berjumlah RM3.35 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hampir seluruh negara kecuali Sarawak, GKP Permai menerima suntikan tambahan RM150 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM800 juta. "Bagi PKS mikro yang sudah menerima GKP sebelum ini, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun mereka. "Untuk makluman semua, kerajaan menyalurkan RM2.55 bilion kepada PKS mikro melalui program GKP dan GKP 2.0. "Dengan GKP Permai, jumlah keseluruhan yang sudah atau akan disalurkan kepada rakyat berjumlah RM3.35 bilion, hanya untuk langkah GKP saja," katanya dalam laporan Laksana ke-38 Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin di Facebooknya, semalam. GKP Permai atau GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara sekali saja atau one-off disediakan kerajaan kepada PKS mikro yang menerima bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: perusahaan kecil dan sederhana, Program Subsidi Upah, kadar sewa
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 01 Feb 2021 07:19
Last Modified: 01 Feb 2021 07:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item