Harus mahir pilih aplikasi

Harus mahir pilih aplikasi. [Newspaper] (2020)



Abstract

KEHIDUPAN masyarakat di negara ini semakin berubah tanpa disedari kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu dan impak berkenaan turut dirasai oleh semua sektor terutama bidang pendidikan. Semua aktiviti harian sedikit demi sedikit terlaksana secara dalam talian dan hanya menekan papan kekunci sama ada di komputer atau telefon pintar, proses berjalan lancar dengan kemudahan internet yang stabil. Salah satu aktiviti yang semakin berkembang dan mula mendapat tempat di hati masyarakat ialah pembelajaran secara dalam talian yang dilihat semakin praktikal untuk dilaksanakan terutama ketika pandemik. Di mana-mana orang bercakap mengenainya walaupun pada peringkat awal, ia agak sukar untuk menerima kaedah ini kerana kekangan kemahiran teknologi dan keupayaan internet yang terhad namun kini tidak lagi. Pembelajaran secara dalam talian sudah menjadi keperluan dan trending dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Antara konsep pembelajaran dalam talian yang mula dilayari oleh pelajar di universiti awam (UA) antaranya Massive Open Online Course (MOOC). Pelbagai kursus ditawarkan dengan matlamat memperkayakan lagi sumber pengajaran dan pembelajaran serta memberi nilai tambah kepada pelajar. Hakikatnya, MOOC adalah satu kelebihan pada abad ini yang dibangunkan semata-mata untuk menarik perhatian pelajar. Satu kerugian jika tidak dimanfaat peluang ini oleh pensyarah. Pensyarah boleh memilih membangunkan MOOC masing-masing sama ada daripada kursus umum, kursus tujahan atau kursus kemahiran mengikut ketetapan Panduan Pembangunan MOOC Malaysia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Massive Open Online Course, Multimedia interaktif, Kemahiran teknologi
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Feb 2021 06:32
Last Modified: 02 Feb 2021 06:32
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item