Syarikat Malaysia berupaya tembusi pasaran luas AI - MIDA

Syarikat Malaysia berupaya tembusi pasaran luas AI - MIDA. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia mempunyai keistimewaan dan kemampuan untuk menembusi pasaran yang luas dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi itu dalam pelbagai bidang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud, penggunaan AI dan teknologi berkaitannya adalah langkah penting dalam memanfaatkan syarikat Malaysia dengan teknologi maju seperti perkilangan pintar, bandar pintar, grid pintar dan perkhidmatan pintar. Beliau berkata, melalui proses pelaksanaan AI dalam pelbagai sektor, pihaknya juga melihat terdapat banyak peserta tempatan berkembang dari pengimport teknologi menjadi pengeksport penyelesaian. Katanya, aplikasi AI bukan saja terhad kepada perkhidmatan tetapi semakin penting dalam sektor pembuatan, yang mana berdasarkan laporan 'Accenture and Frontier Economics', diunjurkan teknologi yang dipacu AI dapat meningkatkan produktiviti pekerja sehingga 40 peratus dalam 16 industri menjelang 2035.

Item Type: Newspaper
Keywords: Aplikasi AI, Sistem komputer, Big data
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 02 Feb 2021 04:53
Last Modified: 02 Feb 2021 04:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item