Akie Burger sasar 200 usahawan

Akie Burger sasar 200 usahawan. [Newspaper] (2021)



Abstract

Bumiputera golongan B40 yang mampu meraih pendapatan lumayan tahun ini. Kini terdapat lebih 60 usahawan terbabit dalam program francais perniagaan makanan segera berkenaan menggunakan kios di Kuantan, Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Izzuddin Mohamed berkata, sambutan yang menggalakan masyarakat terhadap produk jenama Akie Burger memberi ruang lebih cerah kepada usahawan Bumiputera untuk mencipta kejayaan dalam bidang perniagaan itu. Katanya, hanya berbekalkan yuran seumur hidup RM600, mereka mampu menjadi usahawan berjaya menggunakan jenama Akie Burger yang kini terkenal dengan pelbagai produk. "Dengan modal pertama RM400, mereka diberikan kios menarik dengan rekaan terkini dan pelbagai kelengkapan turut diberikan secara percuma. "Kami turut menyediakan bahan mentah seperti daging atau patty burger, sosej, roti dan sos sebagai permulaan perniagaan. Usahawan hanya perlu menyediakan bahan seperti sayur, telur dan tomato," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan burger, Francais, Produk Akie Burger.
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 15 Feb 2021 08:28
Last Modified: 15 Feb 2021 08:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item