Politik pentadbiran di Malaysia: penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional

Politik pentadbiran di Malaysia: penilaian pegawai awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional. Jurnal Kemanusiaan, 4 (2). pp. 1-21. ISSN 2660-755X (2006)



Abstract

Pelaksanaan sesuatu dasar yang berkaitan dengan politik dan kepimpinan di Malaysia sentiasa menarik perhatian terutama apabila timbulnya krisis membabitkan perkara tersebut. Pelaksanaan dasar politik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Rahsia Rasmi ,(Official Secret Act), surat Akujanji dan Bab D Perintah-perintah Am seringkali menjadi isu politik dan menimbulkan keraguan banyak pihak. Namun, kepimpinan nasional di bawah pentadbiran Dr. Mahathir dapat menangani kritikan dan bantahan tersebut melalui pendekatan pembaharuan yang telah diperkenalkan. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan penilaian pegawai awam terhadap dasar-dasar politik dan kepimpinan nasional yang telah banyak mempengaruhi dan mengubah paradigma, tindakan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin itu sendiri. Isu-isu tersebut telah memberikan kesan yang besar ke atas prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-11 tahun 1999 apabila tumbang di Terengganu dan gagal menawan Kelantan daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Oleh itu, pemimpin dan kerajaan perlu menerima hakikat bahawa tahap kepekaan dan kematangan politik rakyat Malaysia semakin tinggi dalam menilai perkembangan politik, kepimpinan dan pentadbiran negara.

Item Type: Article
Keywords: Politik pentadbiran, Kepimpinan, Pegawai Awam, Dasar Politik
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 18 Feb 2021 08:45
Last Modified: 18 Feb 2021 08:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item