Integriti, tadbir urus perlu ditambah baik jamin kecekapan dan ketelusan perkhidmatan PBT

Integriti, tadbir urus perlu ditambah baik jamin kecekapan dan ketelusan perkhidmatan PBT. [Video] (2020)



Abstract

Usaha membanteras jenayah rasuah perlu kekal sebagai agenda penting yang perlu dilaksana secara meluas dalam kalangan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan ini terdedah dengan gejala berkenaan dan perlu membudayakan gerak kerja norma baharu agar perkhidmatan lebih efektif kepada golongan sasar.
Inisiatif untuk menambah baik aspek integriti dan tadbir urus kerajaan ditekankan bagi menjamin kecekapan dan ketelusan pengurusan pentadbiran.
Perdana Menteri berucap secara maya sempena Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) ke-27 di MITC, Melaka.

Item Type: Video
Keywords: Urus Tadbir Awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Policy Studies
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muhammad Azrul Ayob
Date Deposited: 01 Aug 2021 12:33
Last Modified: 01 Aug 2021 12:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item