Dulu jurutera, kini tauke daging burger

Dulu jurutera, kini tauke daging burger. [Newspaper] (2020)



Abstract

Kuching: Daripada jurutera, kini tauke daging burger! Begitulah jejak usaha serta kejayaan Mohammad Fuad Syamsul Hassan, 43, anak kelahiran Bumi Kenyalang. Meskipun berpendapatan lumayan sekitar RM18,000 sebulan sebagai jurutera Petronas, beliau sanggup meninggalkan jawatan itu untuk menggalas impian memiliki perniagaan sendiri. Berbekalkan kesungguhan serta sokongan keluarga, perniagaan daging burger di bawah syarikatnya, USNA Homemade Burger, kini menjadi pembekal kepada kira-kira 300 gerai burger di seluruh Sarawak. Segalanya bermula selepas kematian ayahnya, Hassan Hamdan pada 2007, yang mengakibatkan ibunya Usna@Zaleha Dawi, seorang pesara guru berasa agak kesunyian, lantas Mohammad Fuad mengesyorkan untuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Menurutnya, pada tahun itu beliau mencadangkan kepada ibunya untuk berniaga daging kisar kurang lemak kerana melihat kepada potensi besar ketika itu dan pesaing tidak begitu banyak di bandar raya Kuching.

Item Type: Newspaper
Keywords: Mardi, USNA Homemade Burger, Tauke daging burger
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
By Subject > Entrepreneurship > Success Story
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Feb 2021 02:20
Last Modified: 16 Feb 2021 02:20
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item