Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial: kajian terhadap pengguna internet di Lembah Klang

Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial: kajian terhadap pengguna internet di Lembah Klang. Journal of Social Sciences and Humanities, 12 (2). 016-029. ISSN 1823-884x (2017)



Abstract

Ancaman siber bukan sesuatu isu yang baru di Malaysia tetapi isu ini perlu diberi perhatian yang serius daripada semua pihak kerana ia boleh membawa kerugian yang sangat besar kepada seseorang. Faktor kurangnya kefahaman mengenai keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet menyebabkan ramai rakyat di negara ini menjadi mangsa sindiket jenayah siber. Tambahan pula, masih ramai dalam kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip prinsip keselamatan dalam Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Amalan keselamatan siber seseorang individu bergantung kepada faktor-faktor persekitaran sosial. Justeru, kajian ini menganalisis faktor persekitaran sosial terhadap keselamatan siber pengguna Internet di mana lima faktor telah dilihat iaitu didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, peranan tempat kerja, peranan media massa dan polisi kerajaan. Kajian ini juga memilih penyelidikan kualitatif dengan menggunakan teknik kumpulan fokus yang terdiri daripada 35 orang informan yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan Internet. Antara hasil kajian yang menarik ialah rata-rata ibu bapa informan kajian memainkan peranan dan membuat pemantauan terhadap anak-anak mereka di talian seperti mewujudkan Facebook khas untuk tujuan pemantauan tersebut. Selain itu, para informan kajian turut bersetuju kerajaan melaksanakan polisi pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh individu yang menjual barangan secara talian dan juga kewujudan mahkamah siber di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Keselamatan siber, Security policies, Pengguna internet, pengaruh rakan sebaya, Peranan media massa
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Agencies of Resources: Higher Institution > Public University > Universiti Kebangsaan Malaysia > Faculty of Social Sciences and Humanities > e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities | Email fr Assoc Prof Dr Novel Anak Lyndon - 22/8/2020
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 23 Feb 2021 17:23
Last Modified: 23 Feb 2021 17:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item