Momentum Internet sasar 100,000 usahawan digitalisasi perniagaan. [Newspaper] (2021)
Abstract
SHAH ALAM: Momentum Internet Sdn Bhd menyasarkan 100,000 usahawan tempatan untuk menyertai dan mendigitalisasikan perniagaan mereka di bawah program Roket Pemasaran Momentum (RPM) Tarik 10X Lebih Ramai Pelanggan 2021.
Dengan tema ‘Online-kan bisnes anda’ program itu turut membantu usahawan tempatan yang terjejas pendapatan atau hasil jualan akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok, berkata selain menarik lebih ramai pelanggan melalui pemasaran dalam talian, ia turut memberi tajaan menyertai kelas tersebut sehingga RM10,000. “Bersempena 2021 ini, dalam usaha membantu lebih 100,000 usahawan, kami telah melancarkan kelas terbaharu pada bulan Februari nanti. Usahawan yang ingin hadir ke kelas ini tidak perlu melakukan sebarang pembayaran kerana kami akan menaja mereka untuk hadir dan belajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Usahawan tempatan, Trend pemasaran, Momentum Internet Sdn Bhd |
Taxonomy: | By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals By Subject > Entrepreneurship > Business Planning By Subject > Entrepreneurship > Success Story |
Local Content Hub: | Subjects > Entrepreneurship |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 16 Feb 2021 03:20 |
Last Modified: | 16 Feb 2021 03:20 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |