Karya topeng refleksi diri. [Newspaper] (2021)
Abstract
MENGANGKAT tema topeng dalam karyanya, Anis Che Mat, 28, dilihat antara generasi pelapis di Malaysia yang memastikan karya di dalam seni itu tidak berakhir. Menceritakan mengenai karya topeng, bagi pelukis itu ia sememangnya antara karya seni yang agak 'rumit' untuk dihasilkan kerana membabitkan pembentukan arca, fotografi dan kemudian, dilukis dalam bentuk lukisan timbul. Anis berkata, dia berminat untuk mengangkat karya itu kerana ia adalah refleksi diri artis itu sendiri dan menterjemahkan dalam pelbagai maksud seperti isu alam semula jadi dan masyarakat. Katanya, penggunaan topeng bermula daripada seni moden barat seperti Pablo Picasso dan George Braque. Manakala di Malaysia pula terdapat artis agung yang memperjuangkan seni itu seperti Abdul Latif Mohiddin, Awang Damid, Yusof Ghani dan Rosli Zakaria. "Saya melihat penghasilan karya topeng ini sesuatu yang unik dan mengangkatnya dalam karya sejak 2017 kerana ia memerlukan saya untuk menghasilkan beberapa hasil seni lain sebelum dapat menyiapkan sebuah lukisan timbul.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Topeng, Karya seni, Refleksi diri |
Taxonomy: | By Subject > Art & Design > Decorative Arts By Subject > Art & Design > Fine Art By Subject > Art & Design > Fundamental Art |
Local Content Hub: | Subjects > Art & Design |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 16 Feb 2021 02:18 |
Last Modified: | 16 Feb 2021 02:18 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |