Lukis mural gergasi untuk Pekan Buah

Lukis mural gergasi untuk Pekan Buah. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: "Usaha menghasilkan mural gergasi kali ini benar-benar memberikan nilai sentimental kepada saya," ujar pelukis mural, Fadzlan Rizan Johani, 41, yang berjaya menyiapkan lukisan mural terbesar di Pekan Buah, Alor Setar, Kedah. Lukisan mural pada bangunan berhampiran Jalan Penjara Lama, Taman Pesisiran Tanjung Chali di sini, membabitkan ukuran sepanjang 17 meter dengan ketinggian 12 meter. Dia yang juga pensyarah sambilan subjek elektif mural di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, lukisan mural itu mengambil masa enam minggu dan berjaya disiapkan, 21 Disember lalu. "Asalnya lokasi ini adalah pasar buah-buahan tumpuan ramai. Namun ia semakin suram berikutan kepesatan pembangunan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Item Type: Newspaper
Keywords: Mural gergasi, Lukisan, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Illustrations
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 16 Feb 2021 04:58
Last Modified: 16 Feb 2021 04:58
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item