Pengaruh barat terhadap perkembangan seni arca di Malaysia

Pengaruh barat terhadap perkembangan seni arca di Malaysia. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni (KUPAS SENI), 1. pp. 89-100. ISSN 2289-4640 (2013)



Abstract

Pengaruh Barat dalam penghasilan karya seni visual di negara kita tidak dapat dinafikan, begitu juga dalam penghasilan seni arca. Hal ini berikutan negara kita menceduk ilmu pengetahuan seni visual dari negara Barat. Negara kita sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini tidak mencukupi guru PSV/ SV yang terlatih. Menyedari hakikat ini, mulai tahun 1950-an kerajaan telah menghantar guru-guru pelatih ke luar negara, terutamanya ke Great Britain untuk mendalami pengajian seni. Walau bagaimanapun, senario ini mulai menampakkan perubahan dalam kandungan persembahan karya seniman negara yang mula menyerlahkan jati diri dan identiti tersendiri. Hal ini boleh dilihat melalui kewujudan karya-karya seniman negara seperti ‘Wanita dan Monyet’, ‘Tumbuk Padi’ dan ‘Kecewa’ (Menteri Bani), Design for a Palza No. 1 (Redza Piyadasa), dan Forest (Anthony Lau). Namun, secara jelasnya karya-karya ini menunjukkan bahawa secara formalistiknya seniman negara sangat dipengaruhi Barat, tetapi kandungan bersifat tempatan.

Item Type: Article
Keywords: Folk art, Seni kontemporari, Sculpture
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 15 Oct 2020 09:25
Last Modified: 15 Oct 2020 09:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item