Mengkaji pentaksiran pengaturcaraan komputer berdasarkan penyelesaian masalah kreatif menggunakan pendekatan “grounded theory”

Mengkaji pentaksiran pengaturcaraan komputer berdasarkan penyelesaian masalah kreatif menggunakan pendekatan “grounded theory”. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 5 (1): 3. pp. 25-38. ISSN 2462-1951 (2016)



Abstract

Penyelesaian masalah kreatif (PMK) telah dikenal pasti sebagai elemen yang amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pengaturcaraan komputer. Hal ini disebabkan ramai pelajar pengaturcaraan tidak menguasai kemahiran PMK yang menyebabkan mereka akhirnya tidak mencapai prestasi yang baik dalam pengaturcaraan. Bagi mengatasi masalah ini, PMK perlu diintegrasikan dalam PdP pengaturcaraan. Namun begitu, bagaimana menentukan pelajar menguasai kemahiran ini memerlukan satu bentuk pentaksiran yang terperinci dan boleh dipercayai. Oleh kerana kebanyakan modul PdP pengaturcaraan tidak menilai kemahiran PMK pelajar, maka kajian terhadapnya perlu dilakukan. Strategi yang dilakukan ialah dengan melakukan kajian kes iaitu meneroka proses-proses kreatif yang berlaku dalam pemikiran pakar pengatur cara. Proses-proses kreatif tersebut adalah aktiviti-aktiviti kreatif yang diteroka daripada pengalaman pakar pengatur cara membangunkan aplikasi bermula daripada tidak mahir sehingga sampai ke tahap pakar. Seramai 30 orang pakar telah di temu bual dan data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan teknik Grounded Theory (GT). Dapatan kajian adalah dokumentasi aktiviti-aktiviti kreatif yang telah disusun dan diberikan konsep sehingga terhasilnya rubrik-rubrik pentaksiran yang boleh digunakan untuk menilai kemahiran PMK pelajar semasa mempelajari pengaturcaraan. Rubrik-rubrik yang berjaya dihasilkan menyumbang kepada penambahbaikan PdP pengaturcaraan dan boleh digunakan untuk kajian-kajian pembinaan modul pengaturcaraan di masa depan.

Item Type: Article
Keywords: Creative problem solving, Computer programming, Teaching and learning
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Wan Hamid Wan Fatimah
Date Deposited: 24 Feb 2021 08:15
Last Modified: 24 Feb 2021 08:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item