MRTE labur RM50 juta bina Akademi RPA. [Newspaper] (2020)
Abstract
KUALA LUMPUR: MRTE (M) Sdn. Bhd., penyedia teknologi automasi proses robotik (RPA) bercadang untuk melabur sehingga RM50 juta bagi membangunkan sebuah Akademi RPA menjelang penghujung tahun hadapan dalam usaha menjadi peneraju teknologi itu di ASEAN. Menurut Pengarah Urusan MRTE, Datuk Badrul Hisham Ramli (gambar), teknologi RPA masih dianggap baru di Malaysia dan dalam usaha memperluas kesedaran mengenai perkara itu, kewujudan Akademi RPA sekurang-kurangnya mampu menyediakan pelajar pada masa hadapan. Katanya, akademi tersebut bakal dibina sama ada di Cyberjaya atau Putrajaya dijangka membuka sekurang-kurangnya 2,000 pekerjaan baharu setiap tahun dalam tempoh lima tahun.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | MRTE, Robotik, Teknologi automasi |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 23 Feb 2021 02:03 |
Last Modified: | 23 Feb 2021 02:03 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |