Ciri-ciri keindahan dalam penghasilan rekaan batik kontemporari berinspirasikan motif abstrak

Ciri-ciri keindahan dalam penghasilan rekaan batik kontemporari berinspirasikan motif abstrak. Jurnal Pengajian Melayu, 30 (1): 11. pp. 236-269. ISSN 1823-7622 (2019)



Abstract

Karya seni reka batik merupakan kraf tangan Melayu yang dihasilkan menerusi pelbagai teknik dan bentuk kreativiti penghasilannya. Ciriciri keindahan atau estetik dalam seni reka batik lazimnya akan dikaitkan dengan konsep keindahan dan fungsi batik itu sendiri. Seni reka batik wujud dalam pelbagai bentuk utiliti seperti pakaian, hiasan dalaman, karya, perhiasan, dan sebagainya. Karya seni reka batik mempunyai tafsiran yang luas dan bukan sahaja dilihat menerusi elemen formal, bahkan turut memancarkan perspektif adat dan budaya tradisi masyarakat. Penghasilan rekaan batik kontemporari dicetuskan bagi mengekalkan tradisi dan reputasi batik supaya terus berada di persada yang lebih baik. Penekanan kepada elemen formal dalam reka corak menjadikan batik sebagai produk kraf yang kreatif dan berkualiti tinggi. Kelestarian nilai-nilai estetik menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kraf itu sendiri khususnya batik. Penulisan ini bersifat kajian studio yang bertujuan untuk menjelaskan proses artistik dan interpretasi elemen formal pada kain-kain sutera yang bersumberkan imej-imej motif abstrak. Kaedah penyelidikan dilakukan secara terus di studio rekaan dan bengkel batik. Pemilihan teknik-teknik dan bahan-bahan dan penstrukturan prinsip dan elemen formal secara lebih kreatif mengikut aspirasi para pengguna pada masa ini. Pendekatan yang mudah dan sistematik bagi mengenal pasti nilai-nilai estetik dalam seni reka batik kontemporari. Kajian artistik dan analisis yang dilakukan secara formal menunjukkan bahawa faktor ekspresi pemikiran, bahan-bahan, teknik-teknik, dan konteks budaya dan masyarakat mempengaruhi penghasilan seni reka batik kontemporari yang diadaptasi daripada motif abstrak. Keunikan motif abstrak sebagai karya baharu menjelaskan idea-idea yang kreatif yang berasaskan olahan dan inovasi daripada motif terdahulu. Penghasilan karya kreatif yang berunsurkan motif abstrak merupakan salah satu langkah untuk melestarikan warisan seni reka batik dalam penggayaan reka corak kontemporari pada masa ini.

Item Type: Article
Keywords: Malay craft, Fine Art, Modern batik, Contemporary, Abstract
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Atirah Ruslan
Date Deposited: 15 Oct 2020 10:13
Last Modified: 15 Oct 2020 10:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item