Sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua: sorotan bahan arkib terpilih

Sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua: sorotan bahan arkib terpilih. International Journal of the Malay World and Civilisation, 5 (3). pp. 3-17. ISSN 2289-4268 (2017)



Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu terutamanya sebelum Perang Dunia Kedua. Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental merupakan salah satu kesan daripada perkembangan sosioekonomi selain memenuhi keperluan akibat berlakunya peningkatan bilangan pesakit mental di Semenanjung Tanah Melayu. Justeru, kajian akan membuat kupasan mengenai sejarah perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu melalui penelitian beberapa bahan arkib terpilih terutama sumbersumber utama yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kajian dan penulisan sejarah perkhidmatan kesihatan mental. Kajian ini berbentuk kualitatif berasaskan rujukan terhadap bahan-bahan arkib terpilih dari Arkib Negara Malaysia Jalan Duta, Kuala Lumpur yang terdiri daripada fail-fail rasmi, laporan-laporan tahunan serta surat-surat rasmi pentadbiran kolonial. Melalui rujukan dan interpretasi terhadap bahan-bahan arkib terpilih, kajian membuktikan terdapat perkembangan yang signifikan dalam perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu pada era kolonial melalui penubuhan beberapa buah lunatic asylum atau institusi rawatan penyakit mental. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah penyakit mental membolehkan pelaksanaan polisi pengasingan dan pengawalan terhadap pesakit-pesakit mental dilaksanakan secara lebih berkesan. Kajian ini memberi dimensi baharu dalam bidang sejarah sosial terutamanya berkaitan sejarah kesihatan di Semenanjung Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua agar penulisannya dapat diketengahkan secara lebih lengkap serta menyeluruh termasuklah berkaitan sejarah perkhidmatan kesihatan mental

Item Type: Article
Keywords: Undang-undang, Public Health, Kesihatan awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 28 Feb 2021 15:52
Last Modified: 28 Feb 2021 19:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item