Demokrasi dan pilihan raya di dalam kerajaan tempatan

Demokrasi dan pilihan raya di dalam kerajaan tempatan. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 1 (5): 14. pp. 134-142. ISSN 2462-1714 (2016)



Abstract

Kerajaan tempatan merupakan peringkat ketiga dalam struktur pentadbiran Malaysia dan ia antara perkara yang sering dibahaskan kerana melibatkan kehidupan rakyat yang sangat peribadi dalam bidang operasinya (Norris, 1980). Kerajaan tempatan memberi peluang kepada penduduk untuk mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang didiami oleh mereka. Ia adalah kerana hal ehwal pengurusan harus ditadbirkan oleh orangorang yang tinggal di kawasan itu sendiri (Malaysia Kita, 2001). Pilihan raya kerajaan tempatan telah pun dimansuhkan sejak pada tahun 1960-an lagi. Kini, ahli-ahli majlis dilantik oleh kerajaan negeri. Namun begitu, jika pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan di adakan, penduduk dapat melibatkan diri mereka dalam pemilihan ahli majlis yang akan melakukan pembaharuan di kawasan mereka. Ahli majlis pula akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada penduduk untuk memastikan mereka dilantik dalam pilihan raya yang akan datang. Namun begitu, proses pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan berkenaan akan menyebabkan politiking, pembaziran masa, tenaga dan wang (Berita Harian, 10 Mac 2010). Penulisan ini dibuat untuk memberi kefahaman lanjut mengenai pelbagai perspektif mengenai demokrasi dan pilihan raya di dalam kerajaan tempatan.

Item Type: Article
Keywords: Demokrasi, Pilihan Raya, Kerajaan Tempatan
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 28 Feb 2021 15:49
Last Modified: 28 Feb 2021 18:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item